Sunday, August 10, 2008

Renungan minggu ini...

Ya Rabb.. Tolong ampuni aku untuk setiap pandangan yang tak terjaga, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab.. Amin..

Doa ini sesuai untuk kita amalkan di TUC memandangkan byk dugaan dan cabaran sepanjang kita menuntut ilmu di sini. Semoga semua ahli kelas J2 dan seluruh kaum Muslimin yg menuntut ilmu di TUC sentiasa dikurniakan hidayah daripada Allah SWT dan berada pada jalan yang diredhai Allah SWT serta mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Insya Allah.

Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sesekali kebencianmu terhadap suatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. (Al-Maidah: 8)

Manusia adalah makhluk kerdil yang sentiasa melakukan kesilapan. Berdampinglah kita dengan mereka yang mampu memberikan teguran yang membina apabila kita melakukan kesilapan. Serta mereka yang mampu menerima teguran apabila melakukan kesilapan. Sesungguhnya manusia adalah makhluk Allah SWT yang memerlukan satu sama lain pada setiap masa.

No comments: