Sunday, August 17, 2008

Renungan minggu ini...


Cintailah kecintaanmu dengan sedang, boleh jadi ia menjadi kebencianmu suatu hari. Dan bencilah kebencianmu dengan sedang, boleh jadi ia menjadi kecintaanmu suatu hari.
-At-Tirmizi-

Jikalau anda mencintai seseorang, maka cintailah dirinya secara tidak keterlaluan. Kerana mungkin suatu ketika nanti dirinya boleh menjadi insan yang paling anda benci. Begitulah juga sekiranya anda membenci seseorang, maka janganlah anda membencinya sepenuh hati. Kerana suatu saat yang tidak diduga, anda mungkin jatuh cinta padanya. Ingatlah bahawa tiada cinta yang lebih agung dan hakiki melainkan cinta Allah SWT.

Pada saat muda remaja, kita sering kali lalai dalam kekalutan dunia. Hanyut bagaikan daun yang gugur, masuk dan mengalir bersama derasnya air sungai. Itukah diri kita sebenarnya? Tiada jati diri? Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak. Sebagai seorang Muslim, hanya Al-Quran dan As-Sunnah yang wajar menjadi pembimbing hidup kita. Bukannya adat dan budaya orang Barat yang menjadi penunjuk arah dalam kita mencorak kehidupan. Bukannya diri ini ingin berkhutbah, tetapi sekadar ingin ingat-memperingati sesama kita. Diri ini juga sering kali hanyut dalam godaan dunia; harta, pangkat dan wanita, namun syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberikan petunjuk hidayah kepada hambanya yang lemah dan sering kali hanyut dalam godaan dunia ini.

Kita sering kali runsing akan siapakah yang akan menjadi teman sehidup semati kita walaupun Allah SWT telah menjanjikan bahawa setiap seorang daripada kita masing-masing sudah mempunyai jodoh yang tertulis di Luh Mahfuz. Kita sering kali alpa. Kenapa kita masih runsing akan hal ini? Adakah kerana tidak yakin akan janji Allah SWT? Kenapa ada dalam kalangan kita yang bertukar-tukar pasangan padahal pada akhirnya kita akan bertemu jua dengan jodoh kita? Allah Maha Adil. Setiap daripada kita akan menerima ganjaran dan balasan di atas setiap perbuatan kita. Jika kita runsing, maka jadilah insan yang baik nescaya akan bertemu jodoh yang terbaik. Carilah seramai mana kenalan, nescaya ada di antara mereka yang akan menjadi pendamping hidup ini. Allah SWT berfirman;

Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.
-An-Nur: 26-

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.
-Surah Ar-Rum: 21-

Di samping itu, dalam kesmpatan yang ada di sini, ingin diri ini menyentuh isu mengenai nisfu Sya'ban. Tertakluk di dalam kategori bid'ah kepada sesiapa yang mengerjakan solat sunat malam nisfu Sya'ban. Maka kita tidak patut melakukannya. Walau bagaimanapun, kita digalakkan untuk mengerjakan solat sunat seperti solat sunat tahajjud, witir, istikharah, hajat dan tasbih. Mungkin agak terlambat diri ini menyatakan hal ini namun diharap dapat dijadikan panduan pada masa akan datang.

Selain itu, di sini juga ingin ditekankan bahawa Rasulullah SAW tidak pernah secara khusus menyatakan bahawa 15 Sya'ban sebagai hari yang disunatkan berpuasa. Namun Baginda SAW telah berpuasa sebanyak mungkin pada bulan Sya'ban yang digelar bulan Rasulullah SAW seperti yang dinyatakan oleh Aisyah RA:

"Aku tidak pernah melihat Nabi SAW berpuasa sepanjang bulan kecuali pada bulan Ramadhan. Aku juga tidak pernah melihat Baginda berpuasa secara kerap di dalam bulan lain kecuali di dalam bulan Sya'ban"
-Sahîh Bukhari dan Muslim-


P/S: Jikalau ada kesempatan diharap dapat meluangkan masa untuk klik link ini. Sesuai untuk kaum Adam dan Hawa. Telah lama di"post" namun tatkala itu, blog tersebut masih tidak ramai pengunjungnya.

http://yuhin90.blogspot.com/2008/06/ana-uhibbuka-fillah-ya-ukhti.html






4 comments:

uraniumwise said...
This comment has been removed by the author.
uraniumwise said...

Salam.

Yes, I need to be constantly reminded of this kinda thing..

So please, remind me always.

Especially my housemates, ingatkanlah aku banyak2 ye!

I mean, this kinda thing is the ujian for us teenagers la. And it's up to us to be involved or to stay away.

I dunno la but I think (no offence alright, it's just my personal view) bf-gf relationship won't last long. seriously.

I mean, it's not like they will get married eventually. Yes, some did get married at last, but those cases are just too little.

Yeah, call me narrow minded or whatever, but that is what I think.

And those of you who are still single and never being involved in this kinda thing, please, please, please don't.

Once you've get yourself involved, and then you break up, the 'cycle' will begin again and god knows when it will end.

I'm not that perfect either and I will never will, but again, this is just my personal view.


But then again, I've never been in those kinda rel8tionship so I donno how I will react to it. But, I really hope God will show me the right way.

Oh yeah, to those of you who think that being in a bf-gf relationship is one of the 'usaha' to find 'the right one', according to iluvislam.com, the real usaha is what you do to avoid getting involved in that kinda rel8tionship.

I'm not perfect and I'm not that nice and alim anyway. So, remind me if I do something wrong. Please?

uraniumwise said...
This comment has been removed by the author.
Aduka Rentaka said...

Insya Allah. I'm also not that good. I myself cannot perfectly follow the things that i wrote. Thats the use of companions in our life. to "tegur menegur". so, lets practise amal ma'ruf, nahi mungkar.